NUR AMALINA MOHAMAD 'ASRI
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC

​"TO GET THROUGH THE HARDEST JOURNEY, WE NEED TAKE ONLY ONE STEP A TIME, BUT WE MUST KEEP ON STEPPING"

refleksi minggu-14

12/21/2019

0 Comments

 
Pada minggu ini adalah minggu terakhir untuk kuliah kami. Dr Hazrati memberikan tips untuk menjawab exam pada minggu hadapan. Kami berharap agar ilmu yang diberikan oleh semua Dr dapat kami manfaatkan sebaik mungkin. Sesungguhnya banyak yang telah kami pelajari dalam dunia teknologi yang serba canggih ini. 
Picture

​Untuk kelas tutorial pada minggu ini, tugasan akhir kami iaitu perbentangan tentang AR dan filem pendek telah dijalankan secara serentak. Dimulai dengan tayangan filem pendek bagi setiap kumpulan . Seterusnya diikuti dengan pembentangan projek AR. Bagi filem pendek kami yang bertajuk 'WINNER NEVER QUIT' inspirasi daripada kisah benar yang berlaku kepada ahli kumpulan kami iaitu Ameer Amri. Jalan cerita kami agak berlainan sedikit daripada yang asal setelah diperbaiki dan menerima cadangan daripada perlbagai pihak . Filem kami ini berbentuk kepada interview dan menyelit sedikit tentang aktiviti seharian mereka yang akhirnya mereka mampu membuka akademi sendiri setelah bergelar bekas atlet badminton negara.. Kami diberi pujian oleh kumpulan lain kerana hasil video kami yang menarik. Terima kasih juga kepada kawan Ameer yang sudi membantu kumpulan kami serta memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan filem pendek ini. Terima Kasih ameer serta abang-abangnya yang juga turut terlibat dalam menghasilkan video ini.

​Setelah itu , diikuti pula dengan presentation AR kumpulan. Presentation AR dijalankan secara meja ke meja kumpulan. Kumpulan kami menghasilkan tentang Pain and treatment yang juga lari daripada plan asal iaitu tentang anatomy. Hal ini demikian , kami mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan . Jadi kami sepakat untuk tukar ke plan B iaitu tentang pain dan apa yang execise yang patut dilakukan oleh seseorang itu apabila dia sakit. Gamifikasi yang kami selitkan iaitu Roda Beracun , dimana lagu akan dipasangkan. Jika lagu itu dimatikan, pelajar yang terakhir pegang Roda beracun itu akan melakonkan semula apa yang ada di dalam kad Ar tersebut. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar tentang Pain dan Treatment.
​


Picture
Picture
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2019
    October 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC