Pada minggu ke 6 kami telah mempelajari tentang gamification in education oleh Dr. nor hafizah. Gamification merupakan konsep pembelajaran dengan mengaplikasi mekanisme permainan'games' dan teknik reka bentuk 'games' untuk memotivasikan dan mengikat pelajar supaya mencapai matlamat menjadikan proses P&P lebih menarik,interaktif serta mengasyikan (engaging).Pelajar akan memperoleh peluang serta mendapat maklum balas segera untuk menyelesaikan masalah. Contoh permainan online adalah seperti KAHOOT. Cara ini juga merupakan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Lantaran itu, guru kini menghadapi cabaran baharu dan perlu menyesuaikan proses PdP dalam memenuhi keperluan generasi ini.Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pendekatan yang berbeza untuk membolehkan murid generasi ini menjadi peserta aktif dengan motivasi yang kuat dan memberi penglibatan yang sepenuhnya dalam sesi pembelajaran mereka.Cabaran utama kepada guru kini adalah untuk mengetahui dan mengekalkan minat murid terhadap pelajaran,terutama di zaman yang serba digital ini. Tutorial minggu ini, Dr. Fariza mengingatkan kembali tentang yang diajar pada minggu sebelumnya..Kami diajar cara untuk membuat e-portfolio supaya lebih menarik dengan meletakkan sumber video,gambar atau yang sewaktu dengannya. Seterusnya beliau juga mengajar kami cara untuk menggunakan Padlet untuk diletakkan ke dalam e-portfolio kami. Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej,audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai.
Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi,senarai perkra yang perlu dilakukan,koleksi maklum balas dan sebagainya.Dengan penggunaan applikasi ini,Ia membolehkan para pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat yang ingin diterapkan dalam diri pelajar agar para pelajar kita lebih maju dan tidak hanya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
0 Comments
Pada minggu ke 5 kami telah mempelajari mengenai Grafik & Multimedia yang diperkenalkan oleh DR. Hazrati. Disini kami telah mempelajari apa itu multimedia. Multimedia mempunyai lima ciri untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Antaranya ialah Teks, animasi, video, audio dan grafik. Teks ialah Teks merupakan bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dan dikendalikan. Teks berfungsi dalam memberi maksud cerita. Animasi ialah animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar animasi diibaratkan nadi utama dalam sesuatu imej. Animasi membolehkan imej yang diambil dan diubah suai seperti memasukkan pergerakan ke dalam imej boleh berlaku. Video ialah rakaman gambar hidup atau gambar bergerak yang saling berurutan. Video dikatakan sebagai elemen yang paling mudah untuk menarik perhatian penonton dalam persembahan aplikasi multimedia. Audio ialah sebagai pemankin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan grafik dan teks tidak dapat menarik minat seseorang. Grafik ialah grafik sering kali muncul sebagai latar belakang sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah.
3 jenis warna iaitu
Pada tutorial minggu 5 kelas tutorial dijalankan secara alam maya. Dr Fariza telah memberi tugasan untuk menyiapkan CV dalam bentuk infografik dengan menggunakan perisian dalam talian.Dr Fariza memberi cadangan menggunakan piktochart atau Canva untuk membuat CV. seterusnya memuat naik dan diletakkan di ruang 'assignment' di e-portfolio. Sebelum menghasilkan CV, Dr Fariza membuka perbincangan apakah elemen-elemen yang perlu di masukkan dalam CV tersebut. Pada kuliah minggu 4 kami diperkenalkan berkaitan dengan tajuk e-learning dan m-learning oleh DR. Mohd Khalid bin Mohamad Nasir. Dr. Mohd Khalid telah memperkenalkan satu per satu tentang apakah e-learning & m-learning. E-learning by digital electronic tools and media. Manakala, m-learning by using mobile device. Selain itu, Dr. Mohd Khalid juga telah memperkenalkan jenis m-learning. Terdapat 3 jenis m-learning iaitu web facilitated 30%, Hybrid (more than 30%) dan fully online (100%). Seterusnya, kemampuan m-learning. Terdapat 4 kemampuan m-learning iaitu interaksi pensyarah dengan pelajar, interaksi pelajar dengan pelajar, interaksi pelajar dengan bahan dan interaksi pelajar dengan teknologi. 3 Keburukan m-learning ialah bateri tidak tahan lama, kandungan yang terhad untuk diakses, had kapasiti adalah terhad.
Learning management system (LMS) Kemampuan - Bina kursus secara online - Interaksi - Track progress - grade - Perbincangan - Bahan pembelajaran (upload/download) - Kurangkan kos (lokasi/anytime) Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini. Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru. Pada tutorial minggu 4 kami telah diperkenalkan cara membina e-portfolio oleh DR. Fariza Khalid. Beliau telah menunjukkan cara membuat dan menggunakan website weebly. Kegunaan weebly ini adalah untuk penulisan refleksi pelajar bagi setiap minggu kuliah dan tutorial. Pelajar mestilah memuat naik refleksi setiap minggu kuliah dan tutorial. Untuk refleksi kalini beliau meminta kami untuk 'update' gambar profile di ruangan refleksi. Bermula kelas pertama yang diadakan di Dewan Budiman bersama Mejar Jasmy pada minggu yang ke-3. Kelas bermula dengan pringatan daripada beliau tentang menepati masa . Kita sebagai bakal pendidik haruslah menepati masa agar kita dapat mendisiplinkan diri dalam setiap perkara yang dilakukan. Hal ini demikian , masa merupakan salah satu kunci kejayaan dalam setiap kehidupan. Beliau juga menegaskan supaya sikap menepati masa ini dapat dilakukan supaya boleh dicontohi oleh anak murid kita di masa akan datang. Topik pertama yang disampaikan oleh Mejar Jasmy adalah tentang definisi teknologi. Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu "Teknologi". Definisi teknologi adalah penerapan pengetahuan saintifik untuk tujuan praktikal, terutamanya dalam industri. Dengan adanya teknologi , guru boleh menggunakannya dalam pengajaran supaya dapat memudahkan dalam sesi pembelajaran terutamanya untuk pelajar. Dengan cara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak terlalu bosan ketika sesi pembelajaran bermula. Teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan di dalam kelas. Contohnya, menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |