Pada kuliah minggu 4 kami diperkenalkan berkaitan dengan tajuk e-learning dan m-learning oleh DR. Mohd Khalid bin Mohamad Nasir. Dr. Mohd Khalid telah memperkenalkan satu per satu tentang apakah e-learning & m-learning. E-learning by digital electronic tools and media. Manakala, m-learning by using mobile device. Selain itu, Dr. Mohd Khalid juga telah memperkenalkan jenis m-learning. Terdapat 3 jenis m-learning iaitu web facilitated 30%, Hybrid (more than 30%) dan fully online (100%). Seterusnya, kemampuan m-learning. Terdapat 4 kemampuan m-learning iaitu interaksi pensyarah dengan pelajar, interaksi pelajar dengan pelajar, interaksi pelajar dengan bahan dan interaksi pelajar dengan teknologi. 3 Keburukan m-learning ialah bateri tidak tahan lama, kandungan yang terhad untuk diakses, had kapasiti adalah terhad.
Learning management system (LMS) Kemampuan - Bina kursus secara online - Interaksi - Track progress - grade - Perbincangan - Bahan pembelajaran (upload/download) - Kurangkan kos (lokasi/anytime) Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini. Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru. Pada tutorial minggu 4 kami telah diperkenalkan cara membina e-portfolio oleh DR. Fariza Khalid. Beliau telah menunjukkan cara membuat dan menggunakan website weebly. Kegunaan weebly ini adalah untuk penulisan refleksi pelajar bagi setiap minggu kuliah dan tutorial. Pelajar mestilah memuat naik refleksi setiap minggu kuliah dan tutorial. Untuk refleksi kalini beliau meminta kami untuk 'update' gambar profile di ruangan refleksi.
0 Comments
Bermula kelas pertama yang diadakan di Dewan Budiman bersama Mejar Jasmy pada minggu yang ke-3. Kelas bermula dengan pringatan daripada beliau tentang menepati masa . Kita sebagai bakal pendidik haruslah menepati masa agar kita dapat mendisiplinkan diri dalam setiap perkara yang dilakukan. Hal ini demikian , masa merupakan salah satu kunci kejayaan dalam setiap kehidupan. Beliau juga menegaskan supaya sikap menepati masa ini dapat dilakukan supaya boleh dicontohi oleh anak murid kita di masa akan datang. Topik pertama yang disampaikan oleh Mejar Jasmy adalah tentang definisi teknologi. Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu "Teknologi". Definisi teknologi adalah penerapan pengetahuan saintifik untuk tujuan praktikal, terutamanya dalam industri. Dengan adanya teknologi , guru boleh menggunakannya dalam pengajaran supaya dapat memudahkan dalam sesi pembelajaran terutamanya untuk pelajar. Dengan cara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak terlalu bosan ketika sesi pembelajaran bermula. Teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan di dalam kelas. Contohnya, menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |