NUR AMALINA MOHAMAD 'ASRI
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC

​"TO GET THROUGH THE HARDEST JOURNEY, WE NEED TAKE ONLY ONE STEP A TIME, BUT WE MUST KEEP ON STEPPING"

refleksi minggu-14

12/21/2019

0 Comments

 
Pada minggu ini adalah minggu terakhir untuk kuliah kami. Dr Hazrati memberikan tips untuk menjawab exam pada minggu hadapan. Kami berharap agar ilmu yang diberikan oleh semua Dr dapat kami manfaatkan sebaik mungkin. Sesungguhnya banyak yang telah kami pelajari dalam dunia teknologi yang serba canggih ini. 
Picture

​Untuk kelas tutorial pada minggu ini, tugasan akhir kami iaitu perbentangan tentang AR dan filem pendek telah dijalankan secara serentak. Dimulai dengan tayangan filem pendek bagi setiap kumpulan . Seterusnya diikuti dengan pembentangan projek AR. Bagi filem pendek kami yang bertajuk 'WINNER NEVER QUIT' inspirasi daripada kisah benar yang berlaku kepada ahli kumpulan kami iaitu Ameer Amri. Jalan cerita kami agak berlainan sedikit daripada yang asal setelah diperbaiki dan menerima cadangan daripada perlbagai pihak . Filem kami ini berbentuk kepada interview dan menyelit sedikit tentang aktiviti seharian mereka yang akhirnya mereka mampu membuka akademi sendiri setelah bergelar bekas atlet badminton negara.. Kami diberi pujian oleh kumpulan lain kerana hasil video kami yang menarik. Terima kasih juga kepada kawan Ameer yang sudi membantu kumpulan kami serta memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan filem pendek ini. Terima Kasih ameer serta abang-abangnya yang juga turut terlibat dalam menghasilkan video ini.

​Setelah itu , diikuti pula dengan presentation AR kumpulan. Presentation AR dijalankan secara meja ke meja kumpulan. Kumpulan kami menghasilkan tentang Pain and treatment yang juga lari daripada plan asal iaitu tentang anatomy. Hal ini demikian , kami mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan . Jadi kami sepakat untuk tukar ke plan B iaitu tentang pain dan apa yang execise yang patut dilakukan oleh seseorang itu apabila dia sakit. Gamifikasi yang kami selitkan iaitu Roda Beracun , dimana lagu akan dipasangkan. Jika lagu itu dimatikan, pelajar yang terakhir pegang Roda beracun itu akan melakonkan semula apa yang ada di dalam kad Ar tersebut. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar tentang Pain dan Treatment.
​


Picture
Picture
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU-13

12/21/2019

0 Comments

 
Picture
Pada minggu ini,giliran Dr Hazrati untuk menyampaikan tentang web 2.0 serta aplikasi dalam pendidikan. Web 2.0 merupakan istilah yang diberikan untuk menggambarkan generasi kedua dari World Wide Web yang difokuskan pada kemmpuan orang untuk berkolaborasi dan berbagi informasi secara online..
Prinsip-prinsip Web 2.0​ :​​​​
  • Web sebagai platform
  • Data sebagai penggendali utama
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web atau Internet sebagai platformnya. Platform disini bermaksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan dan contoh Platform yang selalu digunapakai dan terkenal ialah Windows dimana aplikasi seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya ada terdapat didalamnya. Menggunakan Internet sebagai Platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara langsung diatas Internet tanpa menggunakan mana-mana sistem operasi tertentu. Contoh terbaik adalah Google yang mana ianya boleh diakses dari mana-mana sistem operasi. Contoh lainnya adalah Yahoo, Flickr dan sebagainya. Kelebihannya jelas ternyata kerana Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi oleh mana-mana sistem operasi pada Windows bahkan paling mudah untuk digunakan kerana kita tidak perlu untuk meng ‘install’ apa-apa pun untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini. 
​

Kelebihan web 2.0 :
  • Membenarkan komunikasi berlaku
  • Pdpc melangkaui bilik darjah
  • Pembentukan pengetahuan secara kolaboratif
  • Membentuk kemahiran multimedia
  • Membenarkan pembelajaran berpusatkan pelajar
Pada minggu ini , kelas tutorial telah dibatalkan . Dan Dr Fariza memberi masa dan ruang untuk kami menyiapkan AR serta filem pendek bagi setiap kumpulan , agar kami bersedia untuk present pada minggu hadapan.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU-12

12/21/2019

0 Comments

 
Pada minggu ini kelas berjalan seperti biasa. Topik kali ini disampaikan oleh Dr Rosseni Din.

Perancangan pembangunan media untuk proses pengajaran dan 
pembelajaran perlulah merangkumi dari segi aspek Reka Bentuk, Pembangunan,Pengujian dan Penilaian (Formatif dan Sumatif). Selain itu, Dr Rosseni din ada memberitahu tentang Reka Bentuk Pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna harus merangkumi proses-proses berikut:
  • AKTIF (Manipulasi / Pemerhatian)
  • KONSTRUKTIF (Artikulasi / Reflektif)
  • KOOPERATIF (Kolaboratif / Konvensional)
  • AUTENTIK (Kompleks / Kontekstual)
  • BERMATLAMAT (Reflektif / Berperaturan)
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
  • Meningkatkan pencapaian murid
  • Menjadikan P&P lebih menarik
  • Objektif pengajaran dan hasil pengajaran mudah dicapai
  • Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar (pengajaran jarak jauh)
  • Menjadikan penyampaian P & P standart dan selaras bg kumpulan  pelbagai
​
Picture
Kelas tutorial pada minggu ini,kami telah diajar oleh Dr Fariza tentang cara untuk membuat AR dengan menggunakan aplikasi online iaitu Blippar. Blippar adalah salah satu aplikasi percuma yang sesuai untuk setiap orang yang ingin membuat AR. Selain itu juga, Dr Fariza mengajar kami cara untuk membuat AR  menggunakan apliksasi Biteable agar AR itu menjadi lebih menarik. Banyak yang kami pelajari daripada Dr. Fariza daripada kami tidak tahu tentang dunia teknologi ,jadi tahu tentang teknologi. Sesungguhnya saya seorang bakal pendidik sangat bertuah kerana kami diajar untuk jadi orang yang lebih kreatif. Banyak manfaat dan kebaikan yang kami perolehi. InshaAllah di masa akan datang, kami akan menerapkan tentang teknologi ini kepada bakal pelajar-pelajar kami.
Picture
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU-11

12/21/2019

0 Comments

 
Picture
Pada minggu 11 kami telah mempelajari tentang reka bentuk pengajaran yang disampaikan oleh DR. Siti Fatimah.
Teknologi pengajaran = Reka bentuk pengajaran + pembangunan pengajaran
Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan:
  • Mereka bentuk (deisgn)
  • Membina
  • Menilai dan
  • Menggunakannya
Terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran mengikut (Richey, 1986) iaitu :
  • Menentukan keperluan pelajar
  • Menentukan matlamat dan objektif
  • Membina prosedur penilaian
  • Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian
  • Mencuba sistem pengajaran
  •  Menilai keseluruhan system

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
  • Analisa(Analysis)
  • Reka Bentuk(Design)
  • Pembangunan(Development
  • Perlaksanaan(Implementation)
  • Penilaian(Evaluation)  
Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam
model ini ialah: 
Picture
 Kelas tutorial kami berjalan seperti biasa. Minggu ni kami mempunyai pembentangan AR untuk setiap kumpulan. Apabila tiba giliran kumpulan kami, banyak cadangan serta penambahbaikkan yang kami perlu buat untuk menjadikan AR kami lebih menarik lagi. Saya melihat kumpulan lain membentangkan hasil yang lagi kretif daripada kumpulan kami Akan tetapi saya menjadikan itu cabaran buat kami untuk membuat yang lagi baik. 
0 Comments

refleksi minggu-10

12/21/2019

0 Comments

 
Pada kuliah minggu ke 10 ini, giliran Dr. Md Yusoff untuk mengajar kami. Topik kali ini adalah berkenaan tentang teori-teori pembelajaran yang mendasari perancangan,pembangunan serta perlaksanaan sesuatu media.
Seterusnya, kami telah mempelajari pembelajaran dan teori pembelajaran:
  • Gagne & Briggs mendefinisikan istilah pembelajaran sebagai suatu rangkaian events (kejadian, peristiwa, keadaan,dan sebagainya) yang secara sengaja dirancang untuk mempengaruhi pelajar sehingga proses belajarnya dapat berlangsung dengan mudah. 
  • Pembelajaran adalah suatu kombinasi yang tersusun meliputi unsur-unsur manusiawi, material, fasiliti, peralatan, dan prosedur yang saling mempengaruhi bagi mencapai tujuan pembelajaran.
  • Teori pembelajaran
  • Teori pembelajaran & pendekatan
Teori pembelajaran (fokus 8 teori) berkait rapat dengan media pembelajaran.
​

Picture
Pada minggu ini kelas tutorial kami berjalan seperti biasa. Dr Fariza menyuruh kami berbincang di dalam kumpulan tentang AR yang telah dipelajari pada minggu ke 7. Kami telah memilih tajuk anatomy. Dimana subjek ini dapat membantu pelajar yang lemah ketika di dalam kelas. Dengan bantuan AR memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran murid tersebut ketika di dalam kelas mahupun di luar kelas. Dr Fariza juga menyuruh kami untuk selitkan AR bersama gamifikasi supaya PnP menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Kesimpulannya , Ar dan gamifikasi ini memberi peluang untuk kami supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan serba boleh.
0 Comments

refleksi minggu-9

12/20/2019

0 Comments

 
Pada minggu ini, kedua-dua kelas kuliah dan tutorial telah dibatalkan. Akan tetapi kelas tutorial kami telah dijalankan secara dalam talian. Semua pelajar diminta untuk subscribe kepada kursus GA2123 dalam bentuk MOOC sebagai penambahan pembacaan. Semua pelajar diminta untuk masuk ke modul 9 iaitu penialaian prototaip dan menelaah bahan yang diberikan di dalam modul tersebut. Dr Fariza juga mengingatkan kami supaya mengambil bahagian dalam perbincangan. Penialaian prototaip adalah satu kerangka untuk menilai sejauh mana prototaip itu sesuai untuk digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU-8

12/20/2019

0 Comments

 
Pada minggu ini ,kuliah kami berkaitain tentang KRIPTOGRAFI. Akan tetapi topik ini tiada didalam silibus Perancangan Kandungan Kursus GA2123 Inovasi  Dan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran.Jadi refleksi untuk ini tidak dapat saya lakukan.

    Tutorial pada minggu ini telah diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing kepada Dr. Fariza tentang storyboard yang telah dibuat. Kumpulan kami yang terdiri oleh saya,ameer ,zhafirah serta naziha membentangkan storyboard berkenaan tentang rakan kami iaitu ameer. Ameer merupakan bekas pemain badminton negara suatu ketika dahulu. Dimana dia terpaksa keluar daripada BAM akibat kecederaan yang serius ketika menghadapi perlawanan badminton di luar negara. Setelah selesai sesi pembentangan, kumpulan kami mendapat komen dan cadangan daripada Dr. Fariza dan rakan sekelas untuk memperbaiki serta mebuat penambahbaikkan video kami nanti. Secara keseluruhan, tutor kali ini mengajar saya untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan video dan mengajar saya untuk menerima pendapat orang lain.
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU-7

12/20/2019

0 Comments

 
Untuk kuliah hari ini dikendalikan oleh pensyarah tutor kami iaitu Dr.Fariza. Topik yang dikupaskan oleh beliau adalah tentang 'Augmented Reality' dalam pengajaran dan pembelajaran. Augmented Reality adalah satu sistem yang melibatkan interaksi manusia dan computer (humancomputer-interaction) yang membolehkan penambahan sesuatu objek maya ke atas ruang realiti" (Ludwig & Reimann, 2005, p. 4).Selain itu juga, Augmented reality ini juga satu teknologi yang membolehkan komputer menghasilkan imej maya sebagai tindanan ke atas objek fizikal” (Zhou, Doh & Billinghurst, 2008, p. 193).
Picture
Augmented Reality bekerja berdasarkan pengesanan imej, dan imej yang digunakan adalah marker. Prinsip kerjanya adalah kamera yang telah ditentukur akan mengesan marker yang diberikan, kemudian setelah mengenali dan menandakan pola marker, webcam akan membuat perhitungan sama ada marker sesuai dengan pangkalan data yang dimiliki. Bila tidak, maka maklumat marker tidak akan diolah, tetapi bila sesuai, maka maklumat marker akan digunakan untuk me-render dan memaparkan objek 3D atau animasi yang telah dibuat sebelum ini.

Kelebihan augmented reality pelajar belajar mengikut kelajuan masing-masing
 (Wei et al., 2015). Seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kepuasan pelajar, membangunkan ingatan jangka panjang pelajar,meningkatkan pembelajaran secara konstektual dan akhir sekali dapat meningkatkan kreativiti pelajar.

Kelas tutorial pada minggu ini telah dibatalkan.
 Dr. Fariza telah memberi tugasan pertama dimana setiap pelajar perlu membentuk kumpulan.Setiap kumpulan perlu ada 3 atau 4 ahli didalamnya.. Tugasan yang perlu dibuat ialah Storyboard.. Jadi setiap kumpulan perlu membuat persiapan storyboard pada minggu hadapan. Pelajar perlu fikirkan satu filem pendek yang bertemakan nilai. Storyboard ini boleh dilakukan secara online di google.
0 Comments

REFLEKSI MINGGU-6

10/29/2019

0 Comments

 
Pada minggu ke 6 kami telah mempelajari tentang gamification in education oleh Dr. nor hafizah. Gamification merupakan konsep pembelajaran dengan mengaplikasi mekanisme permainan'games' dan teknik reka bentuk 'games' untuk memotivasikan dan mengikat pelajar supaya mencapai matlamat menjadikan proses P&P lebih menarik,interaktif  serta mengasyikan (engaging).Pelajar akan memperoleh peluang serta mendapat maklum balas segera untuk menyelesaikan masalah. Contoh permainan online adalah seperti KAHOOT. Cara ini juga merupakan proses pembelajaran berpusatkan pelajar.
​

Lantaran itu, guru kini menghadapi cabaran baharu dan perlu menyesuaikan proses PdP dalam memenuhi keperluan generasi ini.Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pendekatan yang berbeza untuk membolehkan murid generasi ini menjadi peserta aktif dengan motivasi yang kuat dan memberi penglibatan yang sepenuhnya dalam sesi pembelajaran mereka.Cabaran utama kepada guru kini adalah untuk mengetahui dan mengekalkan minat murid terhadap pelajaran,terutama di zaman yang serba digital ini.
​
Picture
Tutorial minggu ini, Dr. Fariza mengingatkan kembali tentang yang diajar pada minggu sebelumnya..Kami diajar cara untuk membuat e-portfolio supaya lebih menarik dengan meletakkan sumber video,gambar atau yang sewaktu dengannya. Seterusnya beliau juga mengajar kami cara untuk menggunakan Padlet untuk diletakkan ke dalam e-portfolio kami. Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej,audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai.
​
Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi,senarai perkra yang perlu dilakukan,koleksi maklum balas dan sebagainya.Dengan penggunaan applikasi ini,Ia membolehkan para pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat yang ingin diterapkan dalam diri pelajar agar para pelajar kita lebih maju dan tidak hanya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
0 Comments

refleksi minggu-5

10/29/2019

0 Comments

 
Pada minggu ke 5 kami telah mempelajari mengenai Grafik & Multimedia yang diperkenalkan oleh DR. Hazrati. Disini kami telah mempelajari apa itu multimedia. Multimedia mempunyai lima ciri untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Antaranya ialah Teks, animasi, video, audio dan grafik. Teks ialah Teks merupakan bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dan dikendalikan. Teks berfungsi dalam memberi maksud cerita. Animasi ialah animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar animasi diibaratkan nadi utama dalam sesuatu imej. Animasi membolehkan imej yang diambil dan diubah suai seperti memasukkan pergerakan ke dalam imej boleh berlaku. Video ialah rakaman gambar hidup atau gambar bergerak yang saling berurutan. Video dikatakan sebagai elemen yang paling mudah untuk menarik perhatian penonton dalam persembahan aplikasi multimedia. Audio ialah sebagai pemankin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan grafik dan teks tidak dapat menarik minat seseorang. Grafik ialah grafik sering kali muncul sebagai latar belakang sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah.
3 jenis warna iaitu
  • Monokromatik
  • Komplementer
  • Analogus.
Principles of design mempunyai 4 iaitu:
  • Contrast
  • Repition
  • Alignment
  • Proximity.

Pada tutorial minggu 5 kelas tutorial dijalankan secara alam maya. Dr Fariza telah memberi tugasan untuk menyiapkan CV dalam bentuk infografik dengan menggunakan perisian dalam talian.Dr Fariza memberi cadangan menggunakan piktochart atau Canva untuk membuat CV. seterusnya memuat naik dan diletakkan di ruang 'assignment' di e-portfolio. Sebelum menghasilkan CV, Dr Fariza membuka perbincangan apakah elemen-elemen yang perlu di masukkan dalam CV tersebut.


​
Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2019
    October 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC