NUR AMALINA MOHAMAD 'ASRI
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC

​"TO GET THROUGH THE HARDEST JOURNEY, WE NEED TAKE ONLY ONE STEP A TIME, BUT WE MUST KEEP ON STEPPING"

REFLEKSI MINGGU-7

12/20/2019

0 Comments

 
Untuk kuliah hari ini dikendalikan oleh pensyarah tutor kami iaitu Dr.Fariza. Topik yang dikupaskan oleh beliau adalah tentang 'Augmented Reality' dalam pengajaran dan pembelajaran. Augmented Reality adalah satu sistem yang melibatkan interaksi manusia dan computer (humancomputer-interaction) yang membolehkan penambahan sesuatu objek maya ke atas ruang realiti" (Ludwig & Reimann, 2005, p. 4).Selain itu juga, Augmented reality ini juga satu teknologi yang membolehkan komputer menghasilkan imej maya sebagai tindanan ke atas objek fizikal” (Zhou, Doh & Billinghurst, 2008, p. 193).
Picture
Augmented Reality bekerja berdasarkan pengesanan imej, dan imej yang digunakan adalah marker. Prinsip kerjanya adalah kamera yang telah ditentukur akan mengesan marker yang diberikan, kemudian setelah mengenali dan menandakan pola marker, webcam akan membuat perhitungan sama ada marker sesuai dengan pangkalan data yang dimiliki. Bila tidak, maka maklumat marker tidak akan diolah, tetapi bila sesuai, maka maklumat marker akan digunakan untuk me-render dan memaparkan objek 3D atau animasi yang telah dibuat sebelum ini.

Kelebihan augmented reality pelajar belajar mengikut kelajuan masing-masing
 (Wei et al., 2015). Seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kepuasan pelajar, membangunkan ingatan jangka panjang pelajar,meningkatkan pembelajaran secara konstektual dan akhir sekali dapat meningkatkan kreativiti pelajar.

Kelas tutorial pada minggu ini telah dibatalkan.
 Dr. Fariza telah memberi tugasan pertama dimana setiap pelajar perlu membentuk kumpulan.Setiap kumpulan perlu ada 3 atau 4 ahli didalamnya.. Tugasan yang perlu dibuat ialah Storyboard.. Jadi setiap kumpulan perlu membuat persiapan storyboard pada minggu hadapan. Pelajar perlu fikirkan satu filem pendek yang bertemakan nilai. Storyboard ini boleh dilakukan secara online di google.
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2019
    October 2019

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • EDUCATIONAL BLOG
  • MISC